Actually entry nih bukan untuk menyakitkan atau melukai hati sesaper.... cuma luahan hati aku.. lately nih aku dgr byk berita gembira dari kawan2 yg menantikan cahayamata pertama atau kedua... alhamdulillah usaha mereka berhasil.............aku tumpang gembira dan aku........... hanya mampu menunggu dan terus menunggu.............. dalam kesabaran menanti insan kecil ini wujud dlm rahimku, aku tetap stress............. stress kerana kenapa susah sgt nak lekat setelah 3 thn rahimku kosong........... adakah kerana aku yg terlalu merancang dulu untuk menjarakkan kehamilan.......??? atau kerana kefobiaan aku masih ada waktu bersalinkan adam melalui pembedahan dulu??
ALLAH itu maha besar lagi maha Penyayang kan... DIA lah yg menentukan segala2nya... mungkin usaha aku tidak terlalu bersungguh atau mmg ditakdirkan hanya ADAM lah penyeri hidup aku dan suami??? apa sahaja kemungkinan dan suratan dari MU ya ALLAH aku redha dan pasrah.... tapi jauh di sudut hatiku............. kurniakanlah insan kecil itu lagi dalam hidup kami ya ALLAH... sesungguhnya merekalah pengikat kasih sayang kami........... AMIN....